Saturday 30 July 2011

BAHAYA KEZALIMAN

A. KEZALIMAN ADALAH TABIAT MANUSIA


Zalim, apa itu zalim?, Zalim adalah prbuatan yang tercela,dosa besar dan penderitaan yang besar,sifat yang buruk.merosak agama ,menghilangkan kebaikan, menghasilakan keelekaan dan musibah,mengakibatkan permusuhan dan pertikaian,membuahkanrasa diri dan dengki menyebabkan putusnya hubungan dan berdosa serta berubah hidup manusia  menuju penderitaan,kegelapan dan bencana

Demi  Allah  sesungguhnya kezaliman itu adalah terela. Orang yang berbuat keburukan adalah orang yang membuat zalim. Hanya kepada yang maha kuasa pada hari kiamat kita bertemu
Dan hanya kepada Allah-lah berkumpulnya orang-orang bermasaalah,Akan kamu ketahui wahai orang yang zalim ketika itu bertemu, Nanti dihadapan Tuhan siapa yang terela.


Zalim adalah tabiat manusia dan watak yang terkandung dalam dirinya,Allah swt berfirman ,: Dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalaim dan amat bodoh ( Al-Ahzab :72) yang sudah terkandung dalam diri manusia adalah zalim dan bodoh keuali oarang yang Allah berikan keimanan dan ketaqwaan ilmu petunjuk serta keadilan.


DEFINASI ZALIM DAN JENIS-JENIS :


Zalim ertinya melampaui batas menempatkan sesuatu bukan pada tempatnya.

Zalim ada banyak maam dan gambaran serta jenisyang sangat banyak pula, namun mungkin boleh kita golongan kedalam tiga hal ;

1. Zalim seorang manusia terhadap dirinya dengan menyekutukan Allah

2. Zalim seorang manusia kepada dirinya dengan berbuat  maksiat kepada Allah

3. Zalim seorang manusia kepada orang lain sesama  manusia

ALLAH BERFIRMAN DALAM AYAT AL-MAIDAH-48 YANG BERMAKSUD :


Sesungguhnya orang mempersekutuka ( sesuatu dengan) Allah maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga dan tempatnya ialah neraka,tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolong pun.


Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan dia mengampuni segala dosa yang selain dari syirik itu ,bagi sesiapa yang dikehendakinya. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguhnya ia telah berbuat dosa yang besar.
( an-Nisa` -48 )


Dari sebahagian perbuatan syirik yang paling besar yang membuatnya keluar dari agama adalah mendekatkan diri kepada orang-orang yang sudah mati,baik para wali,orang-orang salih dan sebagainya. Iaitu dengan berdoa dan meminta tolong kepada mereka memberikan sesajian dan sembelihan bagi mereka, mengelilingikuburannya,bersumpah atas nama merekadengan maksud mengangungkanserta meyakini bahawa mereka  boleh memberikan manfaat mahupunmudarat terhadap mereka.

Bahagian kedua adalah zalimnya seorang hamba kepada dirinya dengan berbuat maksiat kepada Allah dan tidak mentaatinya kerana Allah s.w.t. atas hambanya agar mereka menyembahkan kepadanya,bertauhid kepadanya serta bersyukur kepadanya dan tidak mengkufuri-nya. Jika mereka melanggarinya maka mereka termasuk orang-orang yang zalim.

Allah berfirman  :
 " Barang siapa yang melanggar hukum-hukum allah mereka itu adalah orang yang zalim " (al-baqarah-229 )

" Itulah hukum-hukum Allah dan barang siapa yang melanggar hukum-hukum Allah, maka sesungguhnyadia telah berbuat zalim terhadap dirinya sendiri. Kamu tidak mengetahui barangkali Allah mengadakan sesudah itu suatu hal yang baru.

Ertinya berbuat buruk terhadap dirinuya iaitu dengan menjerumuskannya kedalam kebenian dan kemurkaan Allah dan juga seksaan-nya.

Maka tidak dibolehkan bagi seorang hamba siapapun menzalimi sesama dan memberikan mudarat kepada mereka, berbuat kejahatan,melanggar kepentingannya, melangarkan kehormatannya tidak juga dibolehkan menghalangi hak-hak mereka dan memburukkan hak milik mereka,lalaimdalam  melaksanakan kewajipan kepada mereka, sesungguhnya manusia adalah makhluk Allah., orang paling diintai Allah swt adalah orang yang palingerguna bagi orang lain, orang yang paling baik adalah dia yang paling boleh melakukan kemaslahata dan kebaikkan bagi orang lain.

Allah s.w.t. telah mewajikan kepada orang yang beriman agar menjadi saudara dan saling mencintai, saling mengasihani,satu sama lain,saling berhubung dan menyebarkan kasih sayang. Rasulullah s.a.w.  bersabda : " Belumlah beriman salah satu dari kalian sampai menintai saudaranya sebagaimana menintai dirinya sendiri.

Moga-moga kita dapata pengajarannya .--Amin .

























BERJUANG CARA DEMONSTRASI IKUT CARA JAHILIYAH,

Kita tidak pernah temui keterangan bahawa Rasulullah SAW ,para sahabat dan para pejuang Islam keluar jalanan mengadakan demonstrasi,menjerit-jerit dan mengutuk musuh kecualitimbul dan dilakukan olih pihak tertentu dimana  ianya terdiri dai para ulama. Sepatutnya mereka inilah faham tenteng selok-belok hukkum-hakam Islam yang berkaitan dengan perjuangan.

Sebaliknya apa yang ditemui ialah keterangan hadis bahawa ALLAH  membenci perbuatan  berjuang ara demonstrasi ,mengutuk orang tidak bersependapat dan sealiran politik dengan kita kerana ia sebagai salah satu ara pejuangan yang ditiru daripada jahiliyah.

Sabada Nabi SAW  :  Sesungguhnya ALLAH beni kepada orang yang dikeji dan membuat keji dan  menjerit-jerit dijalanan ( riwayat Ibnu Abi Dunya dari Jabir r.a.)


Jadi jelaslah berjuang seara tunjuk perasaan adalah  cara jahiliyah dan mengikut langkah barat dan cara islam dan dibenci oleh Allah. Tidak kira sesiapa pun yang melakukannya ,maka tergolonglah mereka bertasyabbuh (menyerupai) dengan ara perjuangan bukan islam.

Maka umat islam hari ini fikirlah dan ikut hawa nafsu dan syaitan . Dan jangan kita terpengaruh apabila pihak tertentu hanya bergema memperjuangkan islam tetapi hakikatnya hanya bersandiwara . Al-quran disandaran politik,agama boleh dijual beli,maruah sanggup tergadai.. kerana berkepentingan  untuk diri sendiri.

Friday 29 July 2011

ISLAM MENEGAH MENGUMPAT DAN MENGAIBKAN SESAMA ISLAM

Assalamualaikum. kepada umat Islam keselurahannya, agar kita  dapat muhasabah diri dan insaf apa yang kita lakukan samada kita sedar atau tidak .. semoga kita beroleh keimanan yang sewajarnya...Kembalilah kepangkal jalan danbertaubat sebelum terlambat. Tertutama pihak tertentu cuba memesongkan akidah umat islam dimalaysia ini.

Kita tidak tahudari mana sumber hukum yang dicanangkan oleh pihak tertentu sehin gga berani mengeluarkan pendapat bahawa mengumpat dan mencaci sesama islam dibolehkan. Sedangkan dalam hukum Islam telah jelas bahawa : Mengumpat adalah dosa besar dan ya lebih berat dari dosa berzina...( Maksud hadis riwayat Ibnu Abi Dunya dan Abu Syeikj dari Jabir bin Abi Said ).

Diantara sebab dosa mengumpat lebih besar daripada dosa berzina ialah, orang berzina jika ia bertaubat dari dosanya ALLAH akan ampuni, terutama nya sesama islam,jika bertaubat dan memohon ampun,ALLAH tidak akan ampun selagi ia tidak memohon maaf kepada orang yang diumpatkan itu.

FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUB ;


DAN JANGANLAH KAMU MENGUMPAT AKAN SEBAHAGIAN YANG LAIN. APAKAH KAMU SUKA SALAH SEORANG DARIPADA KAMU MAKAN DAGING SALAH SEORANG DI ANTARA SAUDARA KAMU SENDIRI SUDAH MATI? MAKA PASTILAH KAMU JIJIK. OLEH ITU BERTAQWALAH KAMU KEPADA ALLAH. SESUNNGGUHNYA ALLAH MAHA PENERIMA TAUBAT LAGI PENYAYANG.


Sebagai penjelasan tentang kedudukan mengumpat,brikut dipetik keterangan Al-Quran dan Al Hadis srta dasr berkaitan dengan larangan dan dosanya.. Dalam ayat Alquran ,ALLAH mengancam terhadap orang yang mengumpat akan dimasukkan kedalam Neraka Wail.

SABDA NABI SAW  YANG BERMAKSUD  ;  SESUNGGUHNYA ORANG MENGUMPAT DAN MENGADU DUMBA,IA TELAH MEMUSNAHKAN IMANNYA SEPERTI PETANI MENEBANG(MEMUSNAH) POHON (TANAMANNYA) -( Riwayat As Fahami )

SABDA NABI LAGI :  WAHAI GOLONGAN UMAT,SESIAPA YANG LIDAHNYA TIDAK BOLEH MENYELAMATAKAN ORANG LAIN(DARI UMPATANNYA) MAKA TIDAK AKAN MASUK IMAN KEDALAM HATINYA. SESUNGGUHNYA SIFAT ORNG MUSLIM ITU TIDAK MENGUMPAT DAN TIDAK MENDEDAHKAN AIB DAN KEBURUKAN SESAMANYA. SESUNGGUHNYA SIFATNYA ORANG MUSLIM ITU TIDAK MENGUMPAT DAN TIDAK MENDEDAHLKAN AIB DAN KEBURUKAN SESAMANYA. SESUNGGUHNYA SIAPA YANG MENDEDAHKAN AIBSAUDARA ISLAMNYA MAKA ALLAH AKAN BONGKARKAN AIBNYA,WALAUPUN DILAKUKAN DIDALAM RUMAH DAN BILIK YANG TERTUTUP RAPAT. - (Riwayat Abu Daud)

Jadi dalam perkara diatas pengajaran bagi kita bahawa ada pihak tertentu yang suka mengumpat atau mencaci dan mengejek maka taianya melakukan dosa besar. Secara keselurahanya dia bukan mengamalkna  ajaran islam sebenarnya
an selama  ini pihak tertentu mengatakan bahawa pihak kerajaan tertutama UMNO dan BN kononnyat terlibat tentang skandal dan bersikap nepotisma dan kronisma tetapi secra ad papun mereka itu juga sama kadang lebih dari apa yang dibuatnya kepada mereka yang bercakap.

INSAFLAH DAN BRTAUBATLAH UMAT ISLAM KU .










AKIBAT TAK ADA SIVIK

Akibat tak ada sivik maka para penyokong pembangkang sanggup sekali mencemar  dan memalukan negara..  Heran bin ajaib.. nak kata tahu undang-ubdang dah tahu... tetapi provokasi murahan yang mereka tahu.. Buat tohmahan,fitnah.mengejek dan mencaci.. Itu sahaj yang merek tahu.. Seolah -olah tiada kerja lain agaknya.. Baru -baru kenapa bersih tak habis2 nak promot di K.L. sentral. semasa pelancaran Jalur Gemilang.. Langsung tak hormat undang-undanh dan PM kita .. Yang hairan nya tu Malaysiakini ambil gambar hanya Polis buat tangkapan.. seolah-olah Polis melakukan kezaliman.... sebab senanglah nak tuduh nanti polis zalim.. kerajaan zalim.... Sedar wahai pembangkang dan Bersih.. nak buat kerja biarlah senonoh sikit ... malulah perangai  macam orang tak bertamaddun.. Islam pun tak ajar mcm tulah.. amatlah memalukan..